...سواتو ڤرکوڠسين

ک ارە کچمرلڠن ڤنديديقن يڠ برتروسن

...سواتو ڤرکوڠسين

ک ارە ترنسفورماسي ڤڠاجرن برترسکن

...سواتو ڤرکوڠسين

ک ارە معلم برميندا کلس ڤرتام

...سواتو ڤرکوڠسين

ک ارە ملاهيرکن انسان کاميل دونيا دان احيرة

...سواتو ڤرکوڠسين

ممرتبتکن سيستم ڤنديديقن

Pages

Sunday 30 September 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Ana Muallim...demikian tajuk yang saya berikan untuk blog ini. Ana Muallim bermaksud saya " Aku Pendidik" yang merujuk kepada Guru Pendidikan Islam akan cuba berkongsi bahan maklumat terutamanya berkaitan subjek Pendidikan Islam, Jawi dan Bahasa Arab dengan semua guru yang memerlukan bahan maklumat yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran subjek-subjek tersebut.

Justeru tajuk demikian dipilih lantaran kesesuaiannya dengan matlamat dan fungsi utama blog ini dibangunkan. Oleh yang demikian, saya berharap saya dapat meneruskan niat ini dengan jayanya memandangkan untuk sentiasa mengemaskinikan blog ini dengan bahan-bahan dan maklumat pastinya memerlukan komitmen yang tinggi.

Saya juga mengalu-alukan sebarang komentar dan cadangan dalam memastikan blog ini sentiasa dapat memenuhi kehendak dan kepuasan semua guru-guru Pendidikan Islam Insya-Allah.
Akhir kata Selamat Datang, Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum...

                                                                                                              Admin: Anamuallim